Pengenalan

Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida

Objektif Kursus Proses Menggerudi

  • Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.
  • Mengetahui cara menentukan saiz gerudi.
  • Mengenali bahan membuat gerudi.
  • Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi.
  • Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi.
  • Membezakan jenis-jenis mata gerudi.
  • Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal.
  • Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul.
  • Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi.
  • Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan.
  • Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya.
  • Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi.
  • Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi.
  • Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi.
  • Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi.
  • Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar.
  • Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu.
  • Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi.