Sunday, November 21, 2010

Langkah-langkah Penjagaan Mata & Mesin Gerudi

i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap
kali selepas ianya digunakan.

ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.

iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi.

iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekali-
kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan
mata gerudi mudah patah.

Tuesday, November 9, 2010

Cara Menguji Saiz Gerudi



Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi. tolok ini juga boleh didapati dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer. ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya. Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan.

Monday, November 8, 2010

Pengenalan Kepada Proses Menggerudi



Gerudi adalah proses yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida